SKTS

Pengenalan

Home
Pengenalan
Pentadbiran
Kurikulum
Hal Ehwal Murid
KoKurikulum
Pencapaian Sekolah
Takwim
Ujian/Peperiksaan
Buletin SKTS
Santapan Rohani
Pibg

KATA ALUAN GURU BESAR

 Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata di dalam profil sekolah di bawah program memperkasakan sekolah kebangsaan.  

Profil sekolah amat penting kepada setiap sekolah dalam memperkenalkan sekolah kepada umum dan juga kepada mereka yang memerlukan. Di dalam program memperkasakan sekolah kebangsaan pihak sekolah sentiasa membantu dan memberikan kerjasama kepada Kementerian Pendidikan mahupun Jabatan Pendidikan Negeri. 

Dengan wujudnya profil ini, sedikit sebanyak akan membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan maklumat yang diperlukan bagi menjalankan tinjauan. Selain itu pihak sekolah juga akan sentiasa mengemaskinikan maklumat terkini samada yang berkaitan dengan pentadbiran, murid, guru, akademik, kokurikulum dan sebagainya.

Semoga profil yang dipersembahkan ini akan memberikan memberi manafaat kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pendidikan. 

Guru Besar,

SK Taman Senangan.

SEJARAH SEKOLAH 

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan Butterworth terletak di satu kawasan seluas 9463 ekar di Mukim 7, Seberang Perai Utara. Ianya berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik dan Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). 

Nama Sekolah Kebangsaan Taman Senangan adalah bersempena dengan nama sebuah taman perumahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah tersebut dan merupakan taman perumahan yang terawal sekali dibangunkan di kawasan ini. 

Sekolah Kebangsaan Taman Senangan telah diasaskan pada 4 Januari 1988 dengan jumlah murid seramai 91 orang. Seramai 69 orang terdiri daripada murid-murid Melayu, 16 orang murid India dan 6 orang murid Cina.Guru Besar pertama sekolah ini ialah Encik Osman bin Idris dengan dibantu oleh seorang pegawai kerani, Puan Rohaya binti Kassim dan 5 orang guru penolong iaitu Puan Asma binti Che Embi, Encik Adnan bin Md. Taib, Encik Yeoh Eooi Beng,Puan Boey Mei Peng dan Puan Hayati binti Abdul Aziz. 

Pada peringkat permulaan sekolah dibuka, murid-murid sekolah terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Telok Air Tawar kerana sekolah yang baru belum siap sepenuhnya. Setelah bangunan baru boleh digunakan, murid-murid dan guru-gurunya berpindah pada 13 Februari 1989. 

Kebanyakan murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak anggota TUDM Butterworth yang terletak berhampiran dengan sekolah ini. Selebihnya sahaja merupakan anak-anak penduduk taman perumahan yang terletak di sekitar kawasan ini iaitu Taman Senangan, Taman Ratna, Taman Telok Molek, Taman Dazlin, Taman Telok Air Tawar, Taman Wira, Taman Robina, dan Kampung Setol. 

Jumlah murid-murid sekolah ini bertambah dari tahun ke setahun begitu juga dengan bilangan guru-gurunya . Jumlah murid-murid sekolah ini pada tahun ini adalah seramai 775 orang dengan 45 orang guru dan 4 orang kakitangan bukan guru. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada tahun-tahun akan datang. 

Guru besar yang kedua Sekolah Kebangsaan Taman Senangan ialah Tuan Haji Aziz bin Sahat yang telah memulakan tugasnya pada 1 Ogos 1994. Beliau menggantikan Encik Osman bin Idris yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Penaga. Kemudian Sekolah Kebangsan Taman Senangan diterajui oleh Puan Hjh. Khatijah binti Salleh yang telah memulakan tugasnya pada 16 Ogos 1996. Beliau menggantikan Tuan Haji Aziz bin Sahat yang telah berpencen pada 15 Ogos 1996. Pada masa kini sekolah ini diterajui pula oleh Pn Sahirah bt Abd Rahman sejak 16 November 2001.  

Semoga sekolah ini akan menuju ke arah era kecemerlangan dari masa ke semasa. 

Pelan Lokasi Sekolah
pelanskts.jpg

 

OBJEKTIF SEKOLAH

 

Melahirkan murid yang sempurna dengan ilmu pengetahuan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi warga negara yang berguna dan berjaya.

Melahirkan murid yang berpotensi supaya dapat memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.

 

Guru hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan mutu pendidikan untuk mencapai matlamat sekolah.

 

Ibu-bapa juga hendaklah berusaha membantu sekolah untuk membimbing anak-anak bagi mencapai kejayaan.

  

MISI SEKOLAH

 

Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dengan mewujudkan suasana pendidikan yang berkesan, meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan membentuk keperibadian mulia untuk merealisasikan wawasan negara.

 

 

VISI SEKOLAH

 

Membentuk warga Sekolah Kebangsaan Taman Senangan yang tekun dan bertakwa sebagai teras kecemerlangan rohaniah dan jasmaniah serta mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan ceria.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Memberi layanan yang mesra dan sedia membantu semasa berurusan.

 

Memberi pendidikan kepada semua murid tanpa mengira bangsa, keturunan dan status.

 

Memastikan keselamatan murid terjamin semasa di sekolah.

 

Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis berlandaskan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Negara.

 

Mewujudkan suasana penyayang di kalangan masyarakat.

 

LOGO SEKOLAH
lencana.jpg

COGAN KATA

"ILMU ASAS KEJAYAAN" ADALAH KONSEP PEGANGAN MURID-MURID SEKOLAH INI.

 

OBOR DAN BUKU

MELAMBANGKAN ILMU ADALAH CAHAYA KEHIDUPAN.

 

JAMBATAN & POKOK PINANG

LAMBANG NEGERI PULAU PINANG.

 

WARNA KUNING

MELAMBANGKAN SIKAP TOLERANSI DAN KEHARMONIAN ANTARA KAUM DI SEKOLAH INI.

WARNA HIJAU

KEMAKMURAN NEGERI DAN PENDUDUKNYA.

 

WARNA MERAH

MELAMBANGKAN SEMANGAT DAYA JUANG.

 

WARNA PUTIH

MELAMBANGKAN KESUCIAN DAN KESOPANAN.

 

 

LAGU SEKOLAH

 

ABADI SEKOLAH DIBINA
BUKTIKAN TAAT SETIA
MENUNTUT ILMU PELAJARAN
MAJULAH KE HADAPAN

 

HORMAT PADA GURU SEMUA
BERSAMA IBU DAN BAPA
TAMAN SENANGAN SEKOLAH KITA
AMANLAH DAN BAHAGIA

 

C/O
MAJULAH SEKOLAH KITA
BERIKAN SETINGGI MULIA
TAMAN SENANGAN SEKOLAH KITA
MAJULAH MAJU BERSAMA (2 KALI)

 

 

Ciptaan dan lirik : En. Abd. Hamid b. Sulaiman
Gubahan : En. Jasni b. Hazali dan En. Zulkifli b. Bakar 

dengar lagu sekolah

Disediakan oleh,
Mohd Zambri bin Dahaman
Mozza Properties
012-4676582
mozamda@yahoo.com

Tarikh Kemas kini : 01/12/2006